BACA DAN RENUNGKAN....
ketika berusia 1 tahun
ibu suapkan maknan dan mandikan kita .cara kita berterima kasih adalah dengan menangis sepanjang malam.
ketika berusia 2 tahun
ibu mengajar kita bermaen,, kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh2 apabila dipanggil.
menjelang usia 3 tahun
ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai
ketika berusia 4 tahun
ibu membelikan sekotak pencil warna., kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.
berusia 5 tahun
ibu membelikan sepasang baju baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek2 di dalam lopak air
setelah berusia 6 tahun
ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit, `tak nak` tak nak`
apabila berusia 7 tahun
ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan tingkap rumah jiran
menjelang usia 8 tahun
ibu belikan aiskrim. kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu
ketika berusia 9 tahun
ibu menhantar kita ke sekolah, kita berterima kasih dengan ponteng sekolah
berusia 10 tahun
ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana sahaja, kita berterima kasih dengan tidak bertegur sapa dengan nya
apabila berusia 12 tahun
ibu menyuruh kita siapkan kerja sekolah,, kita berterima kasih dengan menonton tv
menjelang usia 13 tahun
ibu suruh kita memakai pakaian menutup aurat,, kita berterima kasih dengan menyatakan bahawa pakaian itu tidak sesuai pada zaman sekarang
ketika berusia 14 tahun
ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar yuran sekolah dan asrama..kita berterima kasih dengan tidak menulis sepucuk surat pon.
ketika berusia 15 tahun
ibu pulang dari kerja dan rindukan pelukan dan ciuman , kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
menjelang usia 18 tahun
ibu menangis gembira apabila kita diterima masuk ke IPTA , kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria dengan kawan2
ketika berusia 19 tahun
ibu bersusah payah membayar yuran pengajian ,, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama.. kita hanya mengucap kan selamat jalan di luar asrama kerana malu dengan kawan2
berusia 20 tahun
ibu bertanya samada kita mempunyai teman istimewa . kita berkata `ini bukan urusan ibu`
setelah berusia 21 tahun
ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya , kita kata `saya x mau jadi seperti ibu`
apabila berusia 22-23 tahun
ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. di belakang ibu kita cakap kat kawan2 ` perabot yang di belikan oleh ibu kita x cantik,,,`
menjelang berusia 24 tahun
ibu bertemu dengan bakal menantu nya dan bertanya tentang rancangan masa hadapan. kita mejeling dan merungut `ibuuuuuuuuuuuuuuuu tolong lah`
ketika berusia 25 tahun
ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita dan menangis menyatakan bahawa dia terlalu sayang kita.. kita berterima kasih dengan berpindah jauh,.
pada berusia 30 tahun
ibu menelefon memberi nasihat tentang penjagaan bayi. dengan megah nya kita menjawab `itu dulu, sekarang zaman moden`
ketika berusia 40 tahun
ibu menelefon mengingatkan kita tentang kenduri kendara saudara mara kita,, kita berkata `kami x ada masa,, kami sibuk`
apabila berusia 50 tahun
ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya.. kita bercerita tentang kesibukan kita..
dan kemudian suatu hari..
kita mendapat khabar bahawa ibu telah meninggal dunia..
khabar itu bagai kan petir.
dalam lelehan air mata barulah satu persatu perbuatan kita terhadap ibu kita datang menerpa...
jika ibu masih ada ,, sayangi dia..
jika telah meninggal dunia ingatlah kasih dan sayangnya..
sayangilah ibu kita kerana kita semua hanya mempunyai seorang ibu kandung
No comments:
Post a Comment