05 October 2011

Sayangnya Allah Pada Perempuan




Siapa kata jadi perempuan tu SENANG  


Nak kena tutup sana, tutup sini 

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari 

Komfem x tahan bertutup semua 

Tapi, perempuan cool jek 

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, 
hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit 

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit 

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, 

survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan 

Siapa kata jadi perempuan tu senang 

Hati ni Allah jadikan lembut betul

 Cepat jek sensitif 

Cuba tengok orang putus cinta 

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa 

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan 

Siapa yg paling teruk menangis 

Perempuan kan?

lelaki boleh gelak2

 lagiLembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, 


ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil 

Kenapa Allah lebihkan lelaki?





Kenapa perempuan kena dengar cakap suami ?

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?



Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni,


ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel 

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 


'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki 

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji 
manis kekasih yg busuk hati 


Kesian kan kat diorang 



Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, 


diorang sanggup rosakkan diri diorang 



Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil 

Persoalannya sekarang Betul ke Allah x adil dengan perempuan ?

Betul. syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa 

Kalau bukan kaki ibunya  



Betul, isteri kena ikut cakap suami 

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih 
utama daripada ayahnya



X adil lagikah Allah pada perempua

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya



Kalau paling banyak dia ada 4 orang ister

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan 

Kenapa perempuan hebat?

 sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat 

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki 

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, 

sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya

'Kita x pernah dengar orang cakap:'Disebalik kejayaan seorang 


perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'Kan?

 Hebat x Allah jadikan perempuan tu 

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurgaTengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, 


berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan 


dan taat kepada suami


 dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu 
yang dia sukai.


" (Hadis Riwayat Ahmad)


X adil lagikah Allah dekat perempuan



Oh perempuan, sedarlah 


Betapa sayangnya Allah dekat kita 

Betapa cintanya Allah dekat kita 
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif 

yg x berasas dekat Allah 

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia 

Bayang, dunia yg besar ni, 
dunia yg cantik ni, 

kita jadi hiasan 


Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah 

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan 

 Sekadar perkongsian bersama    

 ~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. 
Bimbinglah dia, 
Kalau silap langkahnya, 
Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. 
Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. 
Lindungi dia dari fitnah dunia.~ 

 Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi 




copy n paste untuk renungan bersama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...